Sunday, January 22, 2017

Siasat Anggota Penguasa Kastam Yang Terlibat

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menyiasat sejauh mana penglibatan anggota-anggotanya dalam kes-kes penyeludupan minyak masak bersubsidi di negara ini.


Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, dalam masa sama, pihak kastam juga menggesa orang ramai untuk tampil memberi maklumat berhubung kegiatan sindiket-sindiket penyeludupan di sempadan negara.

Kita perlu melihat dahulu penglibatan anggota-anggota penguasa kastam wk41 kita dalam kegiatan ini. Memanglah senang untuk menuding jari jika berlaku ketirisan tetapi siasatan tetap perlu dilakukan.

Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes-kes penyeludupan ini juga boleh tampil kepada pihak kita dan jika maklumat mereka mempunyai asas kukuh, kita akan mendaftarkan mereka sebagai pemberi maklumat.

Pemberi maklumat ini akan diberikan ganjaran sekiranya maklumat daripada mereka menyumbang kepada tertangkapnya dalang penyeludupan ini. Utusan Malaysia semalam melaporkan lebih 1.6 juta kilogram (kg) minyak masak bersubsidi dipercayai diseludup ke negara jiran dalam tempoh hanya tiga tahun kerana mudah melepasi pemeriksaan pihak berkuasa di Wang Kelian, Perlis.

Anggaran itu berdasarkan 1,500kg minyak masak dalam peket 1kg dan 2kg dikenal pasti dise­ludup menggunakan kira-kira 50 kenderaan pikap ke negara jiran dalam sehari. Jumlah tersebut tidak termasuk penyeludupan yang berlaku di pintu masuk sempadan di Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, kata Khazali, pihak kastam juga akan terus membuat pemantauan di kompleks-kompleks kastam, imigre­sen dan kuarantin (CIQ) dalam usaha menghidu sebarang kegiatan penyeludupan.

Kita bersama agensi penguatkuasa lain termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan terus memantau perkara ini.